21 February 2014

5 GAMBAR - FITTING BAJU & FOOD TASTING AIDIL ZAFUAN & ZAREMA



Selepas memuat naik gambar sesi fitting baju perkahwinannya di butik Cosry di laman sosialnya dengan caption "Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry", terkini Aidil Zafuan dan bakal isterinya Zarema Zainal memuat naik pula gambar food tasting.

Tentu sedap makanan yang ditempah untuk majlis perkahwinan mereka pada Mac nanti.

Majlis food tasting - klik untuk size besar




Paling menarik, sebagai hadiah perkahwinan Aidil juga telah terpilih sebagai Kapten baru Harimau Malaya menggantikan Safiq Rahim. Menurut jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee, tanggungjawab berat itu diberi kepada Aidil kerana pemain itu boleh memimpin skuad Harimau Malaya ke tahap yang lebih cemerlang.



"Ia bukan satu peranan baru untuk Aidil. Beliau kapten kebangsaan bawah-20 dan juga bawah 23. Sebagai pemain yang tetap dalam pasukan kebangsaan, saya mendapati beliau adalah calon yang paling sesuai untuk memimpin pasukan kebangsaan," tambahnya.

Tahniah diucapkan!

Menghitung hari - Zarema


Buat gigi sebelum kahwin







         ________________________


No comments: