21 February 2014

KAHWIN 8 MAC - 'BEKAS KEKASIH' MASIH GANGGU PUTERI SARAH



Puteri Sarah Liyana rasa terkilan apabila masih ada pihak yang mengeluarkan dakwaan liar mengenai perkahwinannya tidak lama lagi. Malah bekas teman lelakinya juga didakwa sengaja membuat dakwaan keterlaluan di portal hiburan yang boleh menjejaskan imejnya.

Artikel terdahulu:

Dia yang terkilan dengan dakwaan tidak berasas itu, telah menepis tuduhan dan dakwaan itu sekeras-kerasnya menerusi Twitter. Tegas Puteri Sarah, dia tidak pernah memberi kenyataan kepada mana-mana media berhubung isu tersebut.





Malah dia juga menafikan yang dia tidak ambil kisah terhadap tuduhan liar yang dilemparkan bekas kekasihnya itu.

Tidak mahu ia bertambah kalut, pelakon yang sudah hampir setahun berhijab itu lebih selesa berdiam diri dan menguruskan persiapan majlis perkahwinannya nanti.



Malah menerusi Twitternya juga, ia jelas menunjukkan bakal isteri Syamsul Yusof ini sudah tidak sabar untuk melangkah ke alam perkahwinan yang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada pagi 8 Mac 2014 di Masjid Sri Damansara. Majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malam hari yang sama dengan bertemakan Garden Islamik ala-ala Arabian Night.


         ________________________


No comments: