26 February 2014

ADEGAN PANAS AWIE & ERRA DIKURANG KERANA EDAH



Disebabkan baru bercerai dan masih dalam tempoh edah, adegan panas/intim Erra Fazira dan Awie dalam Konsert Teaterikal Suara Kita akan ditapis dan dikurangkan.

Artikel terdahulu:
"Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu.

Klik gambar untuk size besar




"Bagaimanapun dengan tempoh edah yang sedang dilalui Erra, saya hormati permintaannya untuk mengurangkan babak intim kerana ingin menjaga batas sepanjang tempoh itu," kata Erma Fatima kepada media.

Untuk makluman, teater itu bakal berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kenangan 1994 - 2014


"Saya lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun pada mulanya saya sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.

"Selain ingin menjaga batas selepas bercerai saya juga tidak mahu ada sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksi saya dengan Awie di atas pentas nanti.

"Sebelum membuat keputusan itu kami duduk berbincang terlebih dahulu dan mujur Erma memahami," ujar Erra dipetik sebagai berkata.








         ________________________


No comments: