26 February 2014

KAHWIN KALI KE 4 - ANA DAHLIA & KEKASIH BUAT PERSIAPAN?



Akhirnya Ana Dahlia dilihat tampil di Butik Pereka Fesyen Pengantin, Ezuwan Ismail bersama pasangannya yang dikenali sebagai Muhammad, mungkin untuk berbincang mengenai pakaian majlis perkahwinan mereka agaknya.

Melalui laman sosial pereka fesyen itu juga, beliau ada menyatakan sudah habis berbincang dan berterima kasih kepada Ana dan Muhammad kerana memilihnya. Beranggapan baik, pastinya mereka telah memilih Azuwan sebagai pereka pakaian kahwin mereka.





 Apa yang menarik, pilihan Ana kali ke 3 (ada yang kata ke 4) dilihat ada sedikit persamaan dengan Chef Riz apabila mempunyai otot yang kental hasil membina badan. Heh.

Meskipun Ana dan Muhammad tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi, namun harapan kita agar apa yang mereka rancangkan itu bakal terlaksana. Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar










Sama tegap seperti Chef Riz. Heh!



         ________________________


No comments: