14 February 2014

CINTA ADIB & UMMI - SITI NURHALIZA TAK HALANG



Tiada sebab untuk Datuk Siti Nurhaliza menghalang anak tirinya, Adib Khalid berkawan rapat atau bercinta sekalipun dengan aktres Ummi Nazeera. Demikian dinyatakan oleh Siti kerana dia tahu bahawa Adib dan Ummi sebenarnya adalah kenalan lama dan sama-sama pernah menuntut di sebuah universiti di Melbourne, Australia.

Artikel terdahulu:

"Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri," kata Siti pada media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Klik gambar untuk size besar



Ulasan mengenai anak tirinya itu diluahkan berikutan kehadiran Adib bersama Ummi pada konsert amalnya iaitu 'Where The Heart Is' yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu.

Kehadiran berdua itu telah menimbulkan cakap-cakap dan gosip yang Adib mula beralih arah kepada Ummi selepas digosip dengan pelakon Brunei baru-baru ini.

Terdahulu, Siti berkata, hubungannya dengan anak-anak tirinya akrab dan ada kalanya mereka turut berkongsi masalah dengannya.



"Adib pernah meminta pandangan saya apabila dia digosipkan bercinta dengan seorang artis baharu dari Brunei sebelum ini.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa gosip itu adalah lumrah biasa dalam kehidupan seorang selebriti dan jangan terlalu tertekan mengenainya," ujar Siti dipetik sebagai berkata kepada MStar.




         ________________________


No comments: