05 February 2014

LELAKI PENIPU MASUK PERANGKAP POLIS - RAJA AZMI



Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Demikianlah halnya dengan lelaki yang didakwa pernah memperdayakan ramai artis dan selebriti seperti Raja Azmi, Hefny Sahad, Asfan Shah, Anzalna Nasir, Betty Rahmad dan Hanez Suraya.

Lelaki tersebut, Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Singh kini ditahan polis untuk siasatan lanjut berhubung kesemua laporan yang dibuat pihak terbabit.

Klik gambar untuk size besar




Dan yang paling lega ialah Raja Azmi yang pernah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap lelaki berkenaan. Dia mendakwa telah ditipu di sebuah kedai kain Gulatis dan penyalahgunaan namanya sebagai penerbit filem.

"Syukur dan lega sebab akhirnya, Adam Davin telah ditangkap polis. Sebelum ini, memang pihak polis nak tangkap dia tapi pada waktu yang sama pihak polis tiada bukti yang kukuh untuk berbuat demikian. Sebab itulah dia boleh lepas dan tipu banyak orang.



"Sehinggalah seorang VVIP berpangkat Datuk yang cuba ditipu Adam Davin petang semalam telah menggunakan khidmat dua orang anggota polis yang menyamar sebagai orang biasa untuk menangkapnya setelah dia (Adam Davin) didapati menipu sewaktu berurusan dengan Datuk tersebut.

"Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sepandai-pandai Adam Davin menipu banyak orang, akhirnya dia ditangkap juga. Tuhan sajalah yang tahu betapa leganya hati dan perasaan saya.

"Setidak-tidaknya, ia boleh membersihkan nama saya setelah dia membuat dakwaan yang melampau terhadap saya padahal saya sebenarnya yang jadi mangsa dia pada ketika itu," ujar Raja Azmi dipetik sebagai berkata.


         ________________________



No comments: