04 February 2014

MISHA OMAR & FIROS SAH NIKAH BULAN MEI



Tanpa hantaran berjenama... begitulah janji Misha Omar dan tunangnya Firos Ezzwan Rossly pada perkahwinan mereka nanti. Bulan yang dipilih ialah bulan Mei ini setelah mereka menangguhkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 21 Februari nanti.

Artikel terdahulu:
Penangguhan pernikahan adalah bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu. Menurut Misha, mereka memilih bulan Mei, tetapi tarikh sebenar akan diberitahu selepas kad jemputan siap untuk diedarkan.





"Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan pada sehingga Mei depan bagi menghormati tempoh habis edah ibu saya pada minggu kedua April.

"Ia juga sebagai mengambil keberkatan bulan Rejab dalam kalender Islam," ujarnya kepada media pada majlis minum petang di Restoran Delicious, One Utama, Petaling.



Tambah Misha lagi, majlis pernikahan dan resepsi akan dijalankan secara serentak di Kota Bahru, Kelantan. Semuanya akan dilakukan dalam serba sederhana dengan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.

"Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai.



"Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami," ujar Misha dipetik sebagai berkata kepada MStar.


         ________________________



No comments: