28 February 2014

MINTA AMPUN DEPAN KAABAH, DOA BUAT BEKAS SUAMI - RAJA AZMI



Doa buat bekas suami Jalani Mohamad Sidek dan isterinya merupakan antara doa yang dimohon oleh Raja Azmi Raja Sulaiman di Tanah Suci Mekah. Selain itu, dia juga meminta ampun pada Allah SWT depan Kaabah atas dosanya kerana mencuri dan menjual barang kemas neneknya satu ketika dahulu.

Artikel terdahulu:

"Saya langsung tidak ingat peristiwa itu sehinggalah saya berdoa meminta ampun di hadapan Kaabah, tiba-tiba saya teringat peristiwa mencuri barang kemas nenek. Saya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.

Klik gambar untuk size besar




"Satu keajaiban kerana saya langsung tidak mengingati kejadian itu dan ia satu kebesaran Allah bagaimana kita boleh mengingati peristiwa besar yang kita tidak sangka," katanya.

"Saya tidak lupa juga mendoakan kebahagiaan bekas suami saya bersama isterinya. Saya masih berhubungan baik dengannya, jadi rasanya tiada masalah untuk saya doakan kebahagiannya juga," ujar Raja Azmi dipetik sebagai berkata.



Untuk info, Raja Azmi mengerjalan umrah selama 12 hari bermula pada 11 Februari lalu tanpa suaminya tetapi hanya ditemani rakan.

Selain insaf dan berdoa, dia juga mengalami pelbagai kebesaran Allah antaranya ketika bersembahyang di Masjidil Haram. Meskipun keadaan sangat sesak sehingga tidak mempunyai ruang untuk bersolat, namun apabila azan berkumandang keadaan seperti dipermudahkan apabila ruang sempit bertukar menjadi luas dan dapat solat dengan selesa.












         ________________________


No comments: