09 March 2014

ELAK FITNAH - SYAMSUL & SARAH RAHSIAKAN KISAH CINTA



Biarlah rahsia!

Begitulah nada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang sepakat untuk merahsiakan kisah percintaan mereka bagi mengelakkan fitnah. Dalam hal ini, mereka lebih selesa merahsiakan semua hal peribadi berbanding mendedahkannya kepada umum.

Klik gambar untuk size besar




"Biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya kami sahaja yang tahu.

"Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah," katanya dalam satu sidang media sebaik selesai pernikahannya.



Untuk makluman, sebaik selesai sidang media itu, Syamsul terpaksa pula berkejar ke hospital sekaligus meninggalkan isterinya akibat masih lagi mendapat rawatan denggi di Pusat Perubatan Gleneagles.

Terdahulu, Syamsul menzahirkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya berjalan lancar meskipun dia kurang sihat.



"Saya pun tidak sangka dapat meneruskan majlis ini kerana ia bergantung keadaan saya dan Alhamdulillah pagi tadi saya rasa sihat untuk datang.

"Saya tidak mahu menangguhkan majlis ini kerana semua sudah diaturkan dan kalau tunda ia akan menimbulkan banyak masalah pada semua pihak," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Dalam pada itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam semalam ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Menurut ibu Syamsul, anaknya itu memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu lagi untuk mendapatkan rawatan rapi di hospital.


         ________________________


No comments: