09 March 2014

MOHON MAAF - ZED ZAIDI TIADA NIAT PERLEKEH PESAWAT 'MAS' HILANG



"Saya mohon maaf atas kenyataan mengenai kapal terbang MAS yang hilang di Twitter dan Facebook sebentar tadi. Saya tidak berniat untuk memburukkan lagi keadaan," demikian kata Bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai komennya yang dianggap melampau oleh segelintir pihak.

Ini kerana, dalam komennya melalui Twitter sebelum ini, Zed seolah memperlekehkan insiden tersebut dengan berkata: "Biar betik? Kapal terbang MAS yg besar gedabak tu boleh hilang? MAS rugi, nasi lemak terlanjang, asam pedas ikan takde skrg kapal hilang!"

Klik gambar untuk size besar




Dan dalam permohonan maafnya di laman sosial, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, mendakwa dia keliru dengan maklumat berkenaan dan tidak berniat untuk memburukkan keadaan.

"Saya harap orang ramai menghentikan spekulasi terhadap berita ini kerana ia mengelirukan. Kita berdoa semoga semua anak kapal dan penumpang MAS yang hilang berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah," komennya yang dipetik daripada MStar Online.

Untuk info, kenyataan Zed itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.dilaporkan hilang pagi Sabtu seolah dijadikan bahan jenaka.

Sehubungan itu, Zed mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial yang menganggap pelakon itu cuba mengambil kesempatan untuk mencari publisiti murahan terhadap insiden tersebut.


         ________________________


No comments: