04 March 2014

HIDUP BARU - WARDINA & KELUARGA BERHIJRAH KE AUSTRALIA



Selamat tinggal Malaysia!

Itulah yang dilakukan oleh Wardina Safiyyah, 35, yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke ke Brisbane, Australia. Selain itu, Wardina juga bakal menyambung pelajarannya di sana selain memulakan hidup baru bersama keluarga.





"Saya ingin berehat daripada kehidupan di sini yang terlalu banyak aktiviti, setiap minggu ada sahaja jemputan menghadiri majlis yang tidak mampu untuk ditolak, perkara sebegitu membuatkan masa bersama keluarga dan pelajaran terjejas.

"Insya-Allah, di sana saya boleh fokus sepenuhnya kepada pelajaran dan berharap dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya kepada media semalam.



Untuk makluman, Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, akan berhijrah dan sekaligus melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di sebuah universiti di sana pada Jun ini.

"Saya dan anak-anak akan berpindah terlebih dahulu sebelum suami, Ikhwan Johari, yang masih mempunyai komitmen terhadap pekerjaan.

"Alhamdulillah, ayah dan adik saya yang bekerja sebagai doktor di sana akan bantu urusan persekolahan anak-anak saya nanti," kata Ibu kepada Amna Nafeesa, 10, Azra Fareera, 7, dan Imran Ar-Razi, 5.

Difahamkan, anak-anaknya itu akan dimasukkan sekolah aliran agama Islam di Australia nanti.


         ________________________


No comments: