10 March 2014

MESKIPUN DI HOSPITAL - PUTERI SARAH TETAP JALAN TANGGUNGJAWAB



Tidak menganggap penyakit denggi suaminya Syamsul Yusof sebagai dugaan atau cabaran, kerana tanggungjawab sebagai isteri akan tetap dilaksanakan walau di mana juga. Demikian kata Puteri Sarah Liyana mengenai kehidupan barunya sebagai isteri.

“Alhamdulillah saya gembira kerana majlis berjalan lancar walaupun Syamsul sakit (demam denggi). Berkat doa serta solat hajat banyak pihak menjadikan majlis pada hari ini dapat berlangsung dengan izinNya,

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak menganggap Syamsul dijangkiti denggi ini sebagai dugaan atau cabaran. Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk menjaga Syamsul yang sedang sakit ketika ini tidak kira di mana saja dia berada,” ujar Sarah yang masih belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka lagi.

Untuk info, Sarah kini sudahpun mengundurkan diri daripada bidang seni sejak 2013. Apa yang dilakukannya sekarang ialah menjadi pengurus pemasaran bagi Butik Eilya serta berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen untuk muslimah.



“Butik tersebut bukan milik saya tetapi saya bekerja di bahagian pemasaran untuk Butik Eilya itu. Syamsul juga gembira serta selesa dengan kerja tersebut. Saya sudah bersara daripada lakonan sejak tahun lepas lagi.

"Keputusan yang diambil untuk bersara bukan dibuat kerana saya hendak berkahwin tetapi bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya baru,” ujar Sarah yang  dipetik sebagai berkata kepada Gua.



Tambahnya, dia merancang untuk menunaikan Umrah bersama Syamsul kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Namun Sarah dan Syamsul belum mempunyai tarikh yang tetap untuk menunaikan ibadah itu buat masa ini.


         ________________________


No comments: