23 March 2014

MOHD HAIRI 'ANAK WAYANG' NIKAHI BAKAL GURU SEKALI LAFAZ



Dengan sekali lafaz, Mohd Hairi Safwan Aznan (Juara Anak Wayang musim pertama) sah bergelar suami kepada Fara Afiza Azman. Mereka melangsungkan pernikahan di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, Pulau Pinang kira-kira pukul 10.30 pagi.

Mohd Hairi dan Fara dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam kawasan Kepala Batas Pulau Pinang, Jamal Darus.





Untuk info, Hairi telah menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan bernilai RM3,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.



Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya kasut, minyak wangi, beg tangan, kamera, sirih junjung, kek dan coklat.

Hantaran tersebut telah dibalas dengan sebelas dulang oleh pengantin perempuan. Antaranya ialah kasut, jam tangan, sejadah, buah-buahan, jaket, beg, sirih junjung, minyak wangi dan coklat.


         ________________________


No comments: