27 April 2014

5 GAMBAR - ALMY NADIA AKHIRNYA KINI SAH ISTERI FIZZ FAIRUZ



Air mata mengiringi pernikahan Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

Semuanya gara-gara Almy yang risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini setelah pelbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya sebelum ini.





"Alhamdulillah, kami sangat lega dan gembira akhirnya disatukan bersama. Sukar untuk saya ekspresikan bagaimana rasa perasaan itu.

"Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, saya tidak henti-henti menangis. Risau dengan segala kemungkinan yang terjadi," katanya kepada media.



Untuk info, pada Sabtu Fizz telah sah bergelar suami kepada Almy dengan sekali lafaz dengan mas kahwin sebanyak RM1,001 disamping wang hantaran RM20,000.

Majlis akad nikah telah berlangsung kira-kira pukul 6.00 petang disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat dengan berwalikan wali hakim. 

Pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin.



Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.

Majlis resepsi mereka pula akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang.






         ________________________


No comments: