29 April 2014

ALLAHYARHAM SIDEK HUSSAIN LARANG ANAK JADI ARTIS - SELBIAH



"Dia mahu anak-anak berjaya dalam pelajaran dan dalam bidang-bidang tertentu, dia juga tidak pernah mengalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya," kata isteri Allahyarham Sidek Hussain, Selbiah Sulaiman, 61.

Tambahnya, Allahyarham tidak pernah mengalakkan anak-anaknya untuk menceburkan diri dalam dunia seni.





Untuk makluman, Sidek mempunyai seorang anak dengan Selbiah iaitu Mohd Adam, 23, yang kini bertugas sebagai doktor pelatih di sebuah hospital di Sabah. Manakala empat orang anak daripada perkahwinan pertamanya bertugas sebagai guru dan pegawai bank.

Terdahulu, menurut Selbiah, pemergian suaminya merupakan kehilangan besar buat keluarganya. Ini kerana, Allahyarham juga bukan setakat suami, malah dianggap sebagai rakan baik yang sentiasa ada disaat susah senang.



"Saya rasa kehilangan besar kerana dia sahaja teman saya untuk kemana-mana. Kami hidup berdua sahaja kerana anak-anak sudah besar dan ada keluarga sendiri," ujarnya kepada media semalam.

Jenazah Sidek Hussain, 63, yang meninggal dunia di HKL akibat kanser selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari, semalam (Isnin).


         ________________________


No comments: