28 April 2014

FIZA & ADAM AKHIRNYA SAH BERCERAI



Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Demikianlah halnya dengan Adam AF2 dan Fiza Elite yang akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. Mereka nikah hanya tujuh bulan.

Lafaz cerai Adam telah dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira 1.05 petang tadi mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.





"Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia," kata Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, yang sebelum ini beriya-iya mempertahankan rumah tangganya.

Sementara Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula menyifatkan mereka sudah tiada jodoh.



"Saya anggap kami tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua.

"Saya reda dengan ketentuan Allah," katanya selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.

Untuk info, mereka berdua telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010. Manakala ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.


         ________________________


No comments: