17 April 2014

BMB2 LEBIH BAIK DARIPADA RAJA LAWAK?



Pada yang menonton konsert pengenalan Bintang Mencari Bintang 2 (BMB2) yang disiarkan oleh TV3 Jumaat lalu, pasti mereka setuju bahawa lawak dan mutu vokal peserta adalah lebih baik berbanding Raja Lawak.

Malah pada malam konsert pengenalan pertama itu, Kumpulan EHAH, OOOOO, TOKAN, LAMPU, JEBAT dan SUMBU yang membuat sketsa komedi tema bebas selama 3 minit dilihat lebih bertenaga dan mempunyai bahan lawak menghiburkan.

Klik gambar untuk size besar




EHAH yang tampil sebagai peserta pertama, tidak mengecewakan sifu mereka iaitu Harun Salim Bachik apabila menyampaikan persembahan sulung mereka Ia diikuti dengan persembahan oleh MMMMM iaitu anak didik kepada Afdlin Shauki, TOKAN (Faizal Ismail), LAMPU (Saiful Apek), KEPOH (Adlin Aman Ramli) dan SUMBU (Ebby Yus).

Seterusnya bagi konsert pengenalan kedua pula yang menemui penonton pada 13 April 2014 (Ahad), anak didik EBBY Yus iaitu PK membuka tirai dengan persembahan mereka dan kemudian diikuti oleh JEBAT (Adlin Aman Ramli), 2AZ (Saiful Apek), GBOB (Faizal Ismail), OOOOO (Afdlin Shauki) dan diakhiri dengan persembahan oleh TAKTIH (Harun Salim Bachik). Selepas persembahan tersebut, penonton dapat mengetahui siapakah 6 anak didik yang akan bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B.

Seramai 23 anak didik yang terdiri daripada 1 peserta solo dan 11 peserta kumpulan yang dipilih untuk menggamatkan saingan BMB2 kali ini. Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu dari Kumpulan A dan satu lagi dari Kumpulan B.

Bagi saingan peringkat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat minggu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik dari Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir.

Sebelum tiba minggu terakhir, hanya lima kumpulan, layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Siapakah yang bakal menjadi juara kali ini? Jawapannya apabila anda menonton BMB2 hingga ke peringkat akhir nanti.


GAMBAR BMB2:





























         ________________________


No comments: