Mungkinkah kisah rumah tangga bergolak Adam AF2 dan Fiza Elite sudah sampai ke penghujung? Terkini, media melaporkan bahawa Fiza sudah berkunjung ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Bagaimanapun, tidak diketahui masalah apa. Tetapi ada gosip wartawan di Utusan Malaysia yang mendakwa kononnya Fiza memfailkan penceraian di pejabat agama itu.
Harapan kita, moga Fiza tidaklah bertindak begitu. Ketepikan ego, ketepikan rasa kecewa.
Ingatlah, bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan, Laut Mana Yang Tidak Bergelora. Oleh itu, sabar dan bertolak ansur adalah ramuan paling penting dalam melayari bahtera rumah tangga.
________________________
No comments:
Post a Comment