22 April 2014

FIZZ FAIRUZ & ALMY NADIA NIKAH AWAL



Pasti ramai yang sedia maklum bahawa majlis pernikahan antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah dicanangkan pada 30 Mei 2014. Namun ia sebenarnya akan berlangsung lebih awal daripada tarikh tersebut iaitu 26 April ini (lima hari lagi).

Mereka dilaporkan akan bernikah pada Sabtu di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar. Maklumat ini telah disahkan sendiri oleh Almy Nadia yang menambah bahawa persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.





“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya. Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya kepada media.

Menurut Almy lagi, dia belum bersedia untuk berkongsi info lanjut memandangkan belum lagi bergelar isteri.

"Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah saya akan kongsi perasaan saya. Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tahniah diucapkan,







         ________________________


No comments: