04 April 2014

HAMIL USIA EMAS - BILA RAJA AZMI BUAT LAWAK



Siapa kata dalam usia 53 tahun tak boleh hamil?

Dalam hal ini, Raja Azmi Raja Sulaiman dengan tidak disangka telah menghubungi seorang temannya dan memberitahu satu rahsia besar. Dakwa penerbit filem itu, dia kini telah hamil meskipun berkahwin dalam usia lanjut.





Untuk makluman, Raja Azmi menikahi Eddie Ghazali, 45, di Laman Beringin, Istana Budaya pada 13 Oktober 2013.

Mendengar sahaja khabar tersebut, ramailah rakan-rakan yang ucap tahniah. Maklumlah, Raja Azmi nak dapat 'baby baru' dengan suami baru. Ahak!

"Rezeki," demikian kata Raja Azmi ringkas.



Namun dalam sibuk bertanya itu dan ini pada penerbit tersebut, tiba-tiba Raja Azmi ketawa terbahak-bahak. Rupa-rupanya ada sesuatu yang lucu....

"I tak sangka ramai yang percaya. Anyway it's April Fool...!" Katanya. Heh!

Bagaimanapun, bagi peminat Raja Azmi di luar sana, kalau dia betul-betul hamil apa salahnya. Usia emas kadangkala mampu memberikan rezeki yang lebih baik berbanding pasangan lain yang muda belia. Tak gitu?



         ________________________


No comments: