09 April 2014

KES KHALWAT: SHAHZ JASZLE HANYA PAKAI ‘BOXER’ - PENYIASAT



Ditangkap hanya pakai boxer!

Begitulah keterangan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menyiasat kes khalwat Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, yang ditangkap dan didakwa berkhalwat dengan seorang bekas pekerja bank, Farah Nurizzati, 22.





Menurut mereka, Shahz dan pasangan khalwatnya mengaku bahawa mereka ialah sepasang kekasih ketika tangkapan pada 16 Mei 2013.

"Dua-dua (lelaki dan perempuan) dalam bilik itu cakap benda yang sama kepada saya," jelas saksi tersebut pada mahkamah semalam.

"Selepas saya ketuk pintu bilik dan memperkenalkan diri, pintu bilik kedua itu dibuka seorang wanita yang memakai seluar pendek berwarna ungu dan berbaju-T warna putih.



"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," tambahnya.

Sebagai rekod, Shahz dan Farah telah didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, Farah Nurizzati telah didenda RM3,000 oleh mahkamah apabila dia mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Perbicaraan akan bersambung pada 10 Jun depan.



         ________________________


No comments: