30 April 2014

SAYA BUKAN BERDUA KE BANGKOK - ANA DAHLIA



Baru-baru ini, ramai yang telah menatap foto 'ala romantik' Ana Dahlia dengan seorang jejaka yang didakwa sebagai teman lelakinya. Apa yang heboh, mereka bercuti di Bangkok, Thailand sambil merasa kemeriahan perayaan Songkran di sana.

Artikel terdahulu:

Selanjutnya, usaha media untuk menghubungi Ana bagi mengesahkan cerita tentang percutiannya bersama teman lelakinya itu gagal. Hanya beberapa minggu selepas itu barulah dia dapat dihubungi.





"Saya rasa saya tidak perlu cerita apa-apa lagi. Saya letakkan satu sahaja gambar saya bersama lelaki tersebut dalam Instagram saya, gambar-gambar lain, saya tidak tahu macam mana boleh tersiar. Kami bukannya pergi berdua ke sana, kami ke sana beramai-ramai.

"Mengenai acara Songkran, saya tidak tahu pun acara itu akan disambut ketika saya ke sana. Kawan-kawan saya mengajak saya bercuti ke sana, jadi saya hanya mengikut mereka sahaja dan itu cuma kebetulan. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai perkara ini," ujar Ana yang enggan mendedahkan identiti jejaka yang kelihatan amat mesra bersamanya itu.



"Saya selalu berkongsi mengenai aktiviti dan rutin harian saya di Instagram untuk tatapan peminat. Bukan sahaja ketika di Bangkok, tempat lain juga saya kongsi, ketika saya menjalani penggambaran, beriadah dan sebagainya.

"Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh menjadi masalah besar," kata Ana yang kesal kerana aktiviti yang dikongsikan untuk tatapan peminatnya menjadi isu yang diperbesarkan.



         ________________________


No comments: