30 April 2014

GELAGAT ANUAR ZAIN 'BERSELFIE' DENGAN PEMINAT



Memang sporting gila apabila Anuar Zain sendiri mengajak peminat-peminatnya untuk 'berselfie' menggunakan 'kamera Go Pro' ketika mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Lebih menarik, setiap kali Anuar turun ke bawah pentas, suasana menjadi gamat dengan jeritan peminat yang berlumba-lumba mendapatkan Anuar untuk bergambar bersama. Bahkan peminat juga saling mencemburui apabila Anuar meluangkan masa agak lama di sesuatu sudut sehingga keadaan menjadi agak tidak terkawal.





Untuk info, persembahan pada hari itu telah yang diberi nama 'Terindah… Anuar Zain' telah dimulakan dengan lagu 'Keabadian Cinta'. Selain lagu, persembahan juga diwarnai dengan hadiah sekuntum bunga untuk setiap seorang peminat disamping produk penjagaan kulit L'Occitane.

Keseluruhan persembahan Anuar di Minggu Setiausaha itu telah mengambil masa kira-kira empat jam dengan 12 buah lagu menarik. Cayalah Nuar!








         ________________________


No comments: