Kami sendiripun tidak dapat bayangkan siapakah yang dimaksudkan oleh Era FM mengenai kes seorang pelakon wanita kacukan Inggeris yang didakwa mabuk teruk di Sydney, Australia.
Menurut mata yang memandang di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.
Gambar hiasan
Lebih memalukan, aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut.
Sebagai bayangan, pelakon itu sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Tup tup... rupanya sampai sekarang masih tak insaf.
Untuk info, pelakon tersebut didakwa berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro.
Christina turut dilaporkan pening kepala dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Bagaimanapun, pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah selamat pulang ke Malaysia.
Apa cer??
________________________
No comments:
Post a Comment