Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Demikianlah halnya dengan Faralyna Idris, 23, yang bakal berkahwin dalam usia muda Disember ini.
Meskipun hanya mengenali bakal suaminya kira-kira dua tahun yang lalu melalui seorang rakan, namun dia tidak teragak-agak menerima lamaran jejaka itu. Katanya, dia yakin dengan sikap tanggungjawab kekasih barunya itu selepas dikecewakan oleh Hairul Azreen.
Untuk makluman, Faralyna yang popular dalam drama Dingin Lavenda itu kini sedang sibuk membuat persiapan majlis pertunangannya pada 31 Mei ini. Keputusan untuk berkahwin dakwanya secara kebetulan saja, bukan kerana terdesak atau ada kena mengena dengan putus cinta.
"Saya mengenali bakal suami sekadar teman yang lama-kelamaan menjadi teman rapat, namun sepanjang perhubungan itu kami tidak pernah 'declare'. Apabila sudah lama berkawan saya dapat rasakan keserasian antara kami dan dari situ timbul rasa sayang. Saya dan dia sudah berjumpa ahli keluarga masing-masing dan mereka merestui perhubungan ini.
"Justeru saya tidak mahu terlalu lama berfikir apatah lagi melihat sikap tanggungjawabnya sebagai abang sulung kepada tiga beradik serta membantu menguruskan keluarga selepas kehilangan ibunya tahun lalu, meyakinkan hati ini dialah yang terbaik untuk saya," ujar Faralyna dipetik sebagai berkata.
________________________
No comments:
Post a Comment