02 May 2014

SAKIT BARAH - KARTINA DAHARI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Siapa sangka Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013 merupakan persembahan terakhir penyanyi veteran Kartina Dahari. Beliau telah meninggal dunia pada petang Rabu di Braddel, Singapura.

Ketika hayatnya, Allahyarhamah merupakan biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an dan pejuang lagu-lagu keroncong.





Beliau juga pernah berduet dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais menerusi lagu Budi Setahun Jagung dan Sejak Kita Berpisah.

Allahyarhamah dipercayai menderita penyakit barah payu dara sebelum menghembuskan nafas terakhirnya dalam usia 73 tahun. Difahamkan, Allahyarhamah sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang payu daranya di hospital.

Beliau meninggalkan tiga orang anak.

Al-Fatihah.



         ________________________


No comments: