02 May 2014

ANGGAP LAWAK BODOH - JULIA ZIEGLER NAFI MABUK DI AUSTRALIA



Kalau anda masih ingat, beberapa hari lalu media heboh menyiarkan gosip yang mendakwa seorang pelakon wanita berdarah kacukan mabuk teruk di Sydney, Australia. Tambah mereka, bukan setakat mabuk, malah aktres tersebut juga berperangai kurang sopan dan menjerit-jerit di tengah jalanraya.

Artikel terdahulu:

Teka punya teka, akhirnya Julia Ziegler yang terkena tempiasnya kerana dia baru sahaja terbang ke Sydney, Australia untuk menjalani satu penggambaran drama. Selain itu, dia juga berdarah kacukan.





"Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini.

"Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini," soal Julia dipetik melalui Harian Metro.

Ooohhh... gosip tak benar rupanya. Okey... kita tutup kes. Ahak!












         ________________________


No comments: