02 May 2014

SETELAH BEBERAPA KALI TANGGUH - MISHA OMAR AKHIRNYA SAH ISTERI FIROS



Tahniah buat Misha Omar kerana telah bergelar isteri kepada Firos Ezzwan dengan sekali lafaz pada hari ini kira-kira jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Mereka dinikahkan oleh Ustaz Haji Ahmad Khamil dengan berwalikan abang Misha iaitu Mohd. Rose Omar.





"Perasaan ini amat dasyat sekali. Ini bukan macam stage fright, semua stage saya dah pijak. Tapi bila masuk dewan nikah ni perasaan saya bercampur baur, rasa sayu dan bersyukur. Alhamdulillah, ini rezeki dan rahsia Allah. Kadang-kadang kita berharap tapi rezeki tak datang, akhirnya rezeki ini datang juga kepada saya, saya bersyukur.

"Saya berharap penukaran status ini bukan pengakhiran kepada kerjaya saya. Saya sayang semua peminat saya," ujar Misha penuh makna.

Misha Omar menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan oleh pihak pengantin lelaki.

Untuk rekod, Misha dan Firos telah bertunang pada 2012. Bagaimanapun, majlis perkahwinan mereka sudah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Ia termasuklah bagi menghormati pemergian bapa Misha ke rahmatullah pada 30 November 2013.





































         ________________________


No comments: