02 April 2014

TEATER - KAWALAN KETAT POLIS BUAT HANEZ SURAYA



Gara-gara ugutan pihak tertentu yang mahu mengadakan Gerakan Baling Telur dan pelbagai ugutan lain terhadap Hanez Suraya, polis akan melakukan kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa (preman) sepanjang pementasan teater Projek Kahwin di Panggung Sari, Istana Budaya.

"Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.





"Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan," kata Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani dalam satu sidang media.

Tambah Mohamed, kontroversi rampas suami orang yang menimpa pelakon itu tidak akan menjejaskan penonton yang bakal hadir menyaksikan pementasan tersebut.



Malah katanya, insiden itu secara tidak langsung memberi promosi awal yang besar kemungkinan mampu membuatkan penonton tertarik menyaksikan pementasan berkenaan.

Untuk info, Teater Projek Kahwin telah mengekalkan Hanez Suraya untuk empat hari pementasan iaitu 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 akan dilakonkan oleh Kilafairy.

Sebagai rekod, kontroversi mengenai Hanez Suraya mula tercetus selepas pelakon itu membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Bagaimanapun dalam satu sidang media yang diadakan, Hanez menafikan dia sebagai punca keretakan rumah tangga Romie dan isterinya.


         ________________________


No comments: