02 April 2014

GAMBAR & BERITA SANA SINI - PART 17



TAKZIAH BUAT DATO' AC MIZAL

Takziah diucapkan buat pengacara dan penyanyi terkenal, Dato` AC Mizal, di atas pemergian bapanya Allahyarham Dato' Zaini Md Hasim yang meninggal dunia akibat serangan jantung baru-baru ini.

Allahyarham adalah Bekas Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Jenazah telah dibawa balik ke Muar dari Sunway Medical Center dan dikebumikan selepas Zuhur pada Sabtu lalu.






KRIS DAYANTI AKAN BERJILBAB

Idea meraikan anak-anak yatim serta penampilan berjilbab Kris Dayanti telah diterima baik peminatnya. Selanjutnya, Kris menjelaskan bahawa ia mungkin petunjuk buatnya agar berubah atau berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik.

"Ternyata hanya dengan penampilan saya itu selain menjadi trend, ia bertukar menjadi rahmat dan doa daripada peminat. Saya terima ini semua sebagai petanda daripada Allah SWT bahawa semakin kita meningkat umur, tanggungjawab kita semakin besar .



"Ingatlah bahawa matlamat kita semua bukanlah dunia ini tetapi akhirat. Apabila sudah bersedia dan waktu yang diaturkan Allah tiba, pasti saya kekal menjaga batas saya sebagai seorang muslim. Saya juga yakin Raul juga akan lebih senang jika saya menukarkan gaya saya yang sekarang, lebih nyaman," ujar dengan nada serius.



         ________________________


No comments: