30 May 2014

BELUM KENALI SUAMI SECUKUPNYA - WAHEEDA



Ramai yang ingin tahu mengenai perkembangan pelakon dan penyanyi Waheeda yang pernah popular melalui lagu 'Wassini'. Terbaru, Waheeda ditemui media di majlis pelancaran single terbaru suaminya, Ustaz Akhil Hayy, yang berjudul 'Andai Esok'.

Menurut Waheeda, meskipun sudah lima tahun berkahwin dengan Akhil, namun masih banyak perkara yang tidak diketahui tentang diri suaminya.

Klik gambar untuk size besar




"Kehidupan Alhamdulillah syukur kami bahagia. Sudah lima tahun kami berkahwin. Masih saling nak mengenali. Sebab sebenarnya, dalam pada kita rasa kita dah kenal suami kita, rupanya kita masi tak kenal dia.

"Ada banyak lagi perkara dan kejutan-kejutan yang menarik yang kita tak tahu tentang dia. Apa kejutan tersebut, biarlah saya saja yang tahu. Suami saya, dia seorang yang cool dan baik.



"Selain itu, ini mungkin juga apa yang dikatakan kahwin saudara. Sebab, semakin lama semakin ramai pula kalangan ahli keluarga saya dan keluarga dia yang bersangkut paut dan saling mengenali", ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MD.

Mengenai perkembangannya sekarang, kata Waheeda, selepas tidak lagi aktif dalam dunia seni, dia kini selesa bergelar suri rumah tangga.

Selain itu, masanya juga dipenuhi dengan aktiviti usrah dan mengaji bersama rakan. Malah Waheeda juga ada menjalankan perniagaan online seperti koleksi pakaian musliah dan abaya serta produk kecantikan.

"Sejak saya berhenti menyanyi, saya lagi ada banyak masa dengan suami dan keluarga. Asalkan ada waktu lapang, kami akan berkumpul adik beradik. Selain itu saya sibuk dengan aktiviti usrah dan mengaji dengan rakan-rakan. Saya juga buat bisnes online secara kecil-kecilan. Perniagaan tersebut baru saja bermula setahun yang lalu", katanya.

Untuk info, Waheeda turut menghasilkan dua buah lagu berjudul 'Ighfir Zunubih' dan 'Subhanaq'. Lagu-lagu tersebut akan dimuatkan di dalam album suaminya 'Andai Esok'.

"Saya lebih senang buat lagu untuk suami. Ada dua lagu yang telah saya hasilkan dan akan dimuatkan dalam album terbarunya nanti.

"Selain itu saya ni juga seorang yang minat dengan beg tangan. Jadi, InsyaAllah kalau ada rezeki lebih saya merancang nak buka sebuah butik beg tangan, pada masa depan", jelasnya menutup bicara.


         ________________________


No comments: