31 May 2014

BADE KAHWIN LAGI - ERMA FATIMA KINI BERMADU



Pelakon, pengarah dan penerbit Erma Fatima kini dikatakan bermadu dengan seorang wanita awal 30-an iaitu Aida Abdul, setelah suaminya pengarah dan jurukamera Badaruddin Azmi (Bade), didakwa berkahwin baharu.

Menurut Utusan, Majlis meraikan pernikahan Bade dan Aida telah berlangsung di sebuah hotel di Cherating , Pahang baru-baru ini. Ia berlangsung secara tertutup dan dihadiri rakan artis seperti Datuk Rosyam Nor dan beberapa artis lain.





Untuk info, meskipun wajah isteri kedua Bade disorokkan pada umum, namun ada media yang mendakwa telah berjaya mendapatkan gambar perkahwinan mereka itu.

Bagaimanapun, sehingga kini Bade masih belum memberi sebarang pengesahan mengenai pernikahannya itu. Sementara Rosyam yang dihubungi media turut enggan memberi sebarang ulasan mengenai kebenarannya.

"Ini kisah peribadi, awak tanya tuan punya diri, itu lebih baik," kata Rosyam.

Manakala Erma pula gagal dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen mengenai perkembangan tersebut kerana dia kini berada di Sepanyol.

"Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri," lapor Utusan.

Untuk rekod, Erma dan Bade bernikah pada 30 November 1990. Hasil perkongsian hidup itu, mereka berdua telah berjaya membesarkan lima orang anak.



         ________________________


No comments: