02 June 2014

ISU TUDUNG - RAJA AZMI AKHIRNYA INSAF & BERHIJAB



Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman yang baru-baru ini mempersoalkan 'dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka' kini mula berhijrah dan berhijab.

Beliau juga semalam meluahkan rasa hati dan keinsafan mengenai isu tudung tersebut dalam sesi temubual rancangan h live! yang dikelolakan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi di saluran Astro Awani jam 10.00 malam.





Untuk info, beliau sebelum ini telah menerima pelbagai kritikan mengenai isu tudung termasuklah kes memuatnaik surah Al-Quran demi mempertahankan pendapat serta pandangan peribadinya di laman sosial Instagram.

"Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Raza Azmi dalam rancangan h live!
Klik gambar untuk size besar


"Saya tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataan saya sebelum ini. Tetapi saya bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan bertudung.

"Langkah menukar imej itu adalah sebahagian daripada keinginan saya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam dengan lebih mendalam.

"Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan," katanya yang akan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah terutamanya menjaga waktu solat lima waktu.

Terdahulu ketika ditanya oleh Aznil dalam h live! mengenai reaksi keluarganya selepas berhijab, Raja Azmi menjelaskan bahawa anak-anaknya gembira dengan perubahan berkenaan manakala suaminya Mohd Eddie Ghazali, 45, tiba-tiba menepuk bahunya sambil berkata; "I love you."

"Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala," ujar Raja Azmi.


         ________________________


No comments: