23 May 2014

DEDAH KEKASIH BERNAMA 'FY' - HAFIZ AF7 KENA MARAH



Gara-gara mendedahkan wajah kekasihnya dalam Instagram, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Hafiz Suip telah dimarahi oleh segelintir peminatnya. Perkembangan tersebut bukan sahaja membuat Hafiz terkejut, malah dia juga tidak menyangka akan timbulnya respons sebegitu.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, bagaimanapun tetap berasa lega dengan keputusan tidak menyembunyikan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai 'Fy' itu.

"Ini merupakan kali pertama saya memuat naik foto kekasih di Instagram sekadar mahu memberitahu yang kini saya sudah berpunya.





"Tidak sangka pula apabila ada beberapa peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana foto itu. Bagaimanapun, saya percaya mereka akan faham. Takkanlah saya tidak boleh ada kekasih semata-mata ingin menjaga hati orang," ujarnya dipetik sebagai berkata ketika majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.

"Dulu saya terfikir, jika mendedahkan hal percintaan saya, mungkin ia akan menggugat karier dan peminat tidak akan suka saya lagi.



"Tetapi bila fikir balik, buat apa perlu sorok benda baik. Tetapi saya tidak akan memberitahu secara terperinci mengenai 'Fy'.

"Apa yang saya boleh katakan, 'Fy' merupakan pelajar jurusan akaun di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia juga merupakan saudara jauh saya," dedahnya agar peminat tidak lagi berteka-teki.



Untuk info, baru-baru ini Hafiz telah berkongsi foto kekasih di Instagramnya dengan nota ‘happy birthday to my love’. Perkongsian tersebut sekaligus telah mendedahkan siapakah wanita yang berjaya merebut hatinya selama ini.



         ________________________


No comments: