08 May 2014

ENGGAN KAHWIN KALI KETIGA - TANGGUNG SUAMI BUAT ENOT SERIK



Pengalaman menanggung suami membuat Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, serik untuk berkahwin lagi. Malah kegagalan dalam dua perkahwinan lalu juga menjadikan ibu tunggal ini lebih berwaspada.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

Enot dan anaknya




"Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik," kata ibu kepada dua orang anak yang bernama Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7.

Untuk info, Enot pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu. Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak.

Kenangan silam - klik untuk size besar


"Kalau nak tahu, jika mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan saya, cepat-cepat saya akan elak.

"Tak pun… saya cuba melakukan perangai buruk agar ia dapat memberi persepsi negatif mengenai diri saya," ujarnya yang turut menasihatkan golongan wanita supaya berhati-hati dalam memilih suami.



"Saya nasihatkan, carilah lelaki yang bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh.

"Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah," ujarnya yang menambah tidak mampu menolak takdir sekiranya diberi peluang berkahwin kali ketiga.



         ________________________


No comments: