07 May 2014

TAKZIAH - JAMAL MUHAMAD KEMBALI KE RAHMATULLAH



Selepas Aziz Sattar meninggal dunia, hari ini Jamal Muhamad, 75 pula menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jamal yang merupakan personaliti radio dan televisyen yang dulunya popular dikalangan kanak-kanak, termasuk watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an, mengalami sesak nafas sejak kelmarin.

Klik gambar untuk size besar




Anak Allahyarham, Sheila berkata, ayahnya mengalami masalah pernafasan akibat penyakit ankylosing spondylitis. Penyakit tersebut yang dihidapi sejak 14 tahun lalu itu telah menyebabkan tulang belakang ayahnya membengkok hingga mengganggu paru-paru.

"Sejak pulang daripada mengerjakan umrah bulan lalu, kesihatan ayah makin terganggu.



"Doktor memberitahu paru-parunya kronik dan disyaki terkena virus MERS-CoV.

"Ayah terpaksa dikuarantin sebelum keputusan mengenai virus itu diketahui antara tiga hingga empat hari lagi," katanya.

Al Fatihah!


         ________________________


No comments: