16 May 2014

GAMBAR MENARIK - HAFIZ DEDAH WAJAH KEKASIH



My love!

Demikianlah luahan Hafiz Suip tanpa bersembunyi lagi. Malah dia juga telah memuat naik gambar kekasihnya itu di Instagram.

"Happy birthday to my love @nureffyj semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," ujar Hafiz terus-terang.

Kekasih Hafiz - klik untuk imej besar




Apa yang menarik, kekasih Hafiz turut membalas ucapan 'terima kasih' kepada teman lelakinya. Sementara Hafiz pula turut meminta kekasihnya itu berterima kasih kepada semua peminatnya yang telah mendoakan hubungan mereka.

Untuk makluman semua, sebelum ini Hafiz pernah mengaku yang hatinya berbunga cinta dan sedang berkasih dengan seorang wanita.

Kekasih Hafiz (kiri) dan kakak Hafiz (kanan)


Bagaimanapun, sebelum ini dia masih tidak mahu mendedahkan wajah kekasihnya itu yang dipercayai seorang pelajar institusi pengajian tinggi.

Tahniah Hafiz!



         ________________________


No comments: