09 May 2014

GOSIP KAHWIN: HAFIZ BUKAN JEJAKA IDAMAN SAYA - HELIZA HELMI



Meskipun tidak menamakan gadis yang dicintainya, namun pembayang yang diberi oleh Hafiz Hamidun tidak lama dahulu dapat diteka oleh ramai pihak. Sehubungan itu, nama Heliza Helmi, 28, telah disebut-sebut sebagai gadis yang menjadi idaman Hafiz hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, hingga kini, baik Hafiz mahupun Heliza masing-masing menafikannya dan tidak pernah mengiyakan gosip tersebut.

Terbaru, Heliza berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan Hafiz hingga timbul dakwaan yang kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Bukan jejaka idaman Heliza - Klik gambar untuk size besar




Tambahnya, Hafiz bukanlah ciri-ciri lelaki yang diimpikannya untuk dijadikan suami. Sebaliknya dia lebih menganggapnya sebagai seorang abang yang boleh memberi nasihat kerana mereka berdua adalah rakan seangkatan dalam bidang muzik.

"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.

Hafiz sering 'berdouble meaning'


"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," luahnya.

Namun begitu, Heliza enggan mendedahkan bagaimanakah ciri-ciri lelaki idamannya kerana risau ada pihak yang mengambil kesempatan.

"Saya tak mahu cakaplah apa ciri-cirinya. Sebelum ini saya pernah menyatakan lelaki yang macam mana saya suka dan ada individu ini tampil dan berkata dia adalah lelaki yang saya cari. Takutlah," jawabnya yang menganggap masih belum tiba masa untuk dirinya mempunyai pasangan hidup.



         ________________________


No comments: