08 May 2014

LANCAR ALBUM SULUNG - CAKRA KHAN PERNAH DIBAYAR 80 SEN



Sebagaimana penyanyi cilik jalanan Tegar, Cakra Khan turut meniti tangga paling sukar untuk meraih populariti seperti sekarang. Malah dia juga tidak malu mengaku pernah dibayar hanya 80 sen untuk membuat persembahan di Indonesia.

"Saya mula menyanyi semenjak berusia 7 tahun. Ketika itu saya dapat bayaran sebanyak Rp2000 atau lebih kurang 80 sen wang Malaysia. Saya juga pernah menyanyi di jalanan. Saya tak percaya saya sampai sejauh ini dan Alhamdulillah ini semua berkat doa orang tua saya," ujarnya ketika ditemui media di majlis pelancaran albumnya semalam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur anjuran Rusa Music & My Music Label & Management.





Cakra Khan muncul dengan album sulungnya yang memuatkan sepuluh buah lagu seperti 'Setelah Kau Tiada', 'Mudah Jatuh Cinta', 'Cintamu Bukan Untukku' dan 'Harus Terpisah'.

Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 22, gembira penat lelahnya dalam bidang seni membuahkan hasil sehingga album sulungnya itu terjual sehingga 500 ribu unit di Indonesia.



"Perjalanan saya sampai ke tahap ini pun atas semangat dan sokongan ibu saya. Pernah satu ketika teman-teman saya menganggap saya gila apabila saya berangan untuk menjadi orang yang berjaya. Tapi ibu saya yang selalu beri nasihat agar menjadikan perkara itu sebagai motivasi. Tapi hari ini, ibu saya tiada di sini melihat pencapaian saya," ujarnya.

Untuk info, Cakra telah meraih pelbagai anugerah seperti Pendatang Baru Paling Ngetop SCTV Music Awards, Pendatang Baru Terbaik AMI Awards 2013 dan Penyanyi Solo Pria Terbaik 100% Ampuh Awards Golden TV 2013.





         ________________________


No comments: