27 May 2014

HUDUD DI BRUNEI PUNCA NINA ISKANDAR BERHIJAB



Pelaksanaan undang-undang terbaharu iaitu hukum hudud di negara brunei merupakan antara sebab Nina Iskandar kini mula menutup auratnya. Namun begitu, dakwa Nina dia sebenarnya berubah bukan semata-mata kerana hudud, tetapi dia memang sudah berhasrat berbuat begitu sejak awal.

Artikel terdahulu:

"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.





"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah baru-baru ini telah mengumumkan akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud. Baginda yang mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa tidak berganjak daripada keputusannya kerana undang-undang Islam adalah sebahagian daripada tuntutan aqidah Islam yang mesti ditunai oleh setiap individu muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT.



Berbalik pada Nina, kata pelakon itu perubahannya sekarang tidak dirancang, sebaliknya perasaan untuk menutup aurat datang secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu.

Jelas Nina lagi, sebelum itu dia sering mencuba mengenakan hijab sekiranya keluar bersama rakan-rakan dan berasa selesa dengan imej berkenaan.



"Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.

"Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," ujarnya yang turut mengakui bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan pada Ogos depan.

"Kami masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan kerana masih terlalu awal. Malah kami berdua juga belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan untuk hari bahagia itu nanti," tambahnya.







         ________________________


No comments: