26 March 2014

TAK JADI ANAK DATUK K - NINA ISKANDAR TUNANG AHLI PERNIAGAAN



Masihkah anda ingat dengan gosip cinta yang melanda Nina Iskandar, artis 'setahun jagung' berasal dari Brunei dengan usahawan muda, Adib Khalid iaitu anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)?

Artikel terdahulu:

Terkini, Nina mendedahkan yang dia kini sudah pun mempunyai teman istimewa dan bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Ahmad Heiqal, 30, pada Ogos Ini.





"Sebenarnya saya sudah ada teman istimewa sejak setahun yang lalu. Malah kami akan bertunang pada Ogos ini. Kami sudah mula berkenalan sejak saya mula bertapak di Malaysia.

"Dia seorang yang memahami diri dan kerjaya saya. Malah ketika gosip saya dan Adib keluar, dia sendiri tahu apa yang berlaku dan sentiasa menyokong saya.



"Saya harap selepas ini, saya tidak lagi dikaitkan dengan gosip bercinta dengan Adib demi menghormati keluarga tunang saya," katanya ketika ditemui media dalam majlis prebiu filem Lu, Gua Bro! terbitan Metrowealth (MIG) di Sunway Pyramid.

Dalam hal ini, dakwa Nina, Mejar (K) Davide Teo telah memberi kebenaran untuknya mengikat tali pertunangan meskipun dia masih punya 4 tahun kontrak bersama syarikat itu.

"Sebenarnya, saya sendiri sebelum ini telah bercakap dan berbincang dengan David Teo tentang hubungan saya dan hasrat saya untuk bertunang. Pertunangan adalah ikatan yang suci dan saya rasa David sendiri tidak dapat menghalangnya dan dia sendiri akui telah merestuinya.

"Lagipun, kami baru bertunang dan belum merancangan untuk berkahwin lagi. Namun saya tdiak menolak jika jodoh saya sampai dalam masa terdekat," jelasnya dipetik sebagai berkata kepada Murai.


         ________________________


No comments: