06 May 2014

JENAZAH AZIZ SATTAR SELAMAT DIKEBUMIKAN



Pelakon Bujang Lapok terakhir, Datuk Aziz Sattar telah selamat dikebumikankan Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor kira-kira jam 2.10 petang tadi. Beliau meninggal dunia semalam sekitar jam 2 pagi di Hospital KPJ Kajang, setelah menderita sakit jantung sejak Ahad lalu.

Jenazah Allahyarham dibawa dari kediaman anak bongsunya yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn dan disembahyangkan di surau Al-Amin, Cheras.

Klik gambar untuk size besar




Sebaik saja selesai solat jenazah di surau Al-Amin, jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Tun Hussein Onn untuk di sembahyangkan sekali lagi, sebelum di semadikan.

Turut hadir melawat, berdoa dan memberikan penghormatan terakhir ialah rakan seangkatan termasuk rakan artis iaitu Datuk Sarimah Ahmad, Hans Issac, Aizat Amdan, Fizo Omar, Harun Salim Bachik, Nassier Wahab, Norlia Ghani, Badul, A. Galak, Dato' M. Nasir dan ramai lagi.



Suasana hiba dan pilu menyelubungi ahli keluarga terdekat dan juga rakan artis yang hadir ketika jenazah diusung menaiki van ke tanah perkuburan.

Untuk info, Allahyarham yang sebelum ini kelihatan sihat sebenarnya mengidap sakit jantung sejak beberapa tahun lalu.



Beliau yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia sering berlakon filem-filem komedi bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee serta S Shamsuddin termasuklah siri Bujang Lapok

Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara yang dianggotai oleh P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor pada awal tahun 1950an.



Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007, Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Antara kisah menarik Allahyarham, beliau pernah disiksa oleh tentera Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di singapura pada tahun 1950-an.

Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya sahaja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak.

Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dekat sini dengan mas kahwin RM100.

Moga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.



         ________________________


No comments: