Safura Yaacob, 43, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) baru-baru ini. Bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dengan berat 2.55 kilogram.
Menurut suaminya Shahronizam, isterinya kini dinasihatkan oleh doktor supaya tidak hamil lagi.
"Bukanlah sebab apa-apa pun. Tapi, memang ada sedikit komplikasi ketika melahirkan baby kami ini. Mungkin ia disebabkan faktor usianya yang sudah pun mencecah 43 tahun.
"Namun, sepanjang proses melahirkan anak ini, segalanya telah dipermudahkan oleh Allah Taala dan baik Safura mahu bayi kami, kedua-dua berada di dalam keadaan yang sihat dan selamat," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Tambahnya, dia dan isterinya belum memilih lagi nama sesuai untuk diberikan buat anak perempuannya itu.
"Beberapa pilihan sudah ada, cuma tinggal nak pilih yang sesuai saja. Insya Allah, saya dan Safura juga bercadang untuk mengadakan kenduri Akikah sempena kelahiran bayi kami ini," ujarnya.
Untuk rekod, Safura dan Shahronizam mempunyai 4 orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga orang perempuan, tetapi sekarang tinggal 3 orang anak setelah anak sulungnya meninggal dunia akibat demam panas. Hasil perkahwinan Safura yang terdahulu, dia dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Tahniah diucapkan!
________________________
No comments:
Post a Comment