14 May 2014

LAMAN SOSIAL PERTEMUKAN CINTA BAHARU ERIN MALEK



"Kami bertemu di Instagram secara tidak sengaja," demikian kata juara program Fear Factor Malaysia 2, Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20.

Tanpa berselindung, dia mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai 'F' itu sejak empat bulan lalu. Tambahnya, dia tidak menyangka bertemu dengan lelaki tersebut selepas setahun dia gagal dalam bercinta.

Klik gambar untuk size besar




"Kami mula berkenalan menerusi internet. Bagaimanapun kesibukan kami dengan kerjaya masing-masing membuatkan hasrat untuk berjumpa sering tergendala. Sehinggalah pada suatu hari kami bersetuju untuk bertemu dan segala-galanya bermula pada saat itu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Namun jelas Erin, jarak usia mereka yang berbeza 10 tahun bukan penghalang kerana dia selesa berkawan dengan 'F'. Malah lelaki berkenaan disifatkannya sebagai seorang yang matang, romantik dan penyayang.



Sehubungan itu, dia mengakui sudah bersedia untuk menamatkan zaman solonya dengan lelaki itu biarpun masih berusia 20 tahun.

"Saya tertarik dengan kematangannya sebagai seorang lelaki dan paling penting dia tidak menghakimi tentang apa juga gosip dan cerita kurang enak mengenai saya sebelum ini.

"Pada tahap ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan soal umur bukan satu masalah kerana paling penting kita bertemu dengan orang yang tepat dan sesuai.

"Berdasarkan pengalaman lalu saya sudah malas untuk bercinta lama-lama kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana dan 'F' adalah cinta hati yang melengkapi diri saya sebagai seorang wanita," katanya bersungguh.



         ________________________


No comments: