14 May 2014

MUNGKIN RUJUK FIZA SEMULA - ADAM NAFI 'GILA TALAK'



Masih ada perasaan sayang!

Begitulah pengakuan Adam AF2, 31, mengenai bekas isterinya, Fiza Abdul Halim, 33, selepas mereka sah bercerai talak satu April lalu. Tanpa berselindung, Adam tidak menafikan untuk kembali bersama dalam tempoh edah selama tiga bulan ini.

"Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh.





"Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Menjawab soalan lain, Adam mengakui dia sering berhubung dan mengambil berat tentang Fiza selepas berpisah. Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa mereka 'gila talak' kerana berkeinginan untuk bersatu semula.



"Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah.

"Saya tidak ambil peduli orang kata kami 'gila talak', mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak 'gila talak' sekalipun kami punya pasal," katanya berterus terang.


         ________________________


No comments: