22 May 2014

PERKAHWINAN ABBY ABADI GOYAH - NORMAN HAKIM TERKEJUT



Bekas suami Abby Abadi iaitu Norman Hakim melahirkan rasa terkejut dengan gosip yang melanda rumah tangga Abby dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang didakwa sedang goyah dan bergolak.

Sehubungan itu, dia ada menghubungi Abby baru-baru ini bagi bertanya khabar selain mendoakan agar bekas isterinya itu menemui jalan penyelesaian yang dapat menyelamatkan keluarga mereka.





"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?'

Klik gambar untuk size besar


"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak kerana menghormati privasinya," ujar Norman dipetik sebagai berkata.

Tambah Norman, dia memohon orang ramai untuk turut berdoa agar Abby dan Farhan dapat menyelesaikan masalah tersebut sebaik mungkin.



"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik," ujarnya.

Untuk info, pada Sabtu lalu Abby telah memuat naik status pada Instagram miliknya seolah menggambarkan rumah tangganya dengan Farhan bermasalah. Dalam status itu juga dia memohon agar peminatnya mendoakan kebahagiaan buat dia dan suami.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Farhan, 24, pada 9 Julai 2013. Abby sebelum ini pernah berkahwin dengan Norman dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Klik untuk baca







         ________________________


No comments: