30 May 2014

SAYA MASIH SAYANGKAN FARHAN - ABBY ABADI



Meskipun diceraikan menerusi SMS, namun Abby Abadi mengakui masih sayangkan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. Menurut pelakon, penyanyi dan kini pendakwah itu... dia tidak pernah membayangkan akan berlaku perceraian dalam perkahwinan mereka.

"Saya akui masih sayangkan dia dan langsung tidak pernah membayangkan perceraian akan berlaku kerana salah faham yang timbul tidak sepatutnya berakhir dengan perceraian.





"Bagaimanapun buat masa ini saya tidak nampak jalan untuk kami berbaik semula kerana saya sudah berusaha sehabis baik untuk memperbetulkan keadaan tetapi apalah daya saya kalau itu ketentuan dan takdir saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Abby menolak dakwaan keretakan rumah tangganya itu kerana kehadiran orang ketiga. Malah dia juga menyangkal cakap-cakap bahawa tekanan daripada masyarakat sekeliling juga antara penyebab masalah itu.



"Bukan kerana orang ketiga dan jika komen orang mengenai saya di laman sosial juga tidak pernah menjadi penyebab kepada kejadian ini dan saya tidak salahkan sesiapa kerana kami berdua ada melakukan kesilapan," jelasnya yang turut mengakui jarak usia 13 tahun di antara mereka mungkin menjadi penyebab.

"Dia (Farhan) terlalu muda untuk memahami pelbagai perkara mengenai alam rumah tangga. Namun saya tidak pernah menyesali perkahwinan kami biarpun hanya mampu bertahan selama 10 bulan.



"Pada saya dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya sebagai suami dan kami juga baru kenal mengenali selepas berkahwin. Mungkin ada beberapa perkara yang dia tidak dapat faham.

"Saya tidak salahkan dia kerana ketika saya berusia seperti dia pun banyak perkara yang saya tidak faham dan masih belajar mengenai kehidupan.

"Apa-apa pun saya tidak pernah menyesal berkahwin dengannya malah bersyukur dia dipinjamkan kepada saya biarpun singkat," katanya.

Untuk info, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin pada semalam menangguhkan kes permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Abby terhadap Muhammad Noor Farhan, 24, kepada 11 Jun ni selepas terdapat satu lagi lafaz cerai yang belum difailkan dan disahkan oleh mahkamah.

Lafaz cerai kali pertama dibuat oleh Muhammad Noor Farhan pada Januari lalu.



         ________________________


No comments: