29 May 2014

KES MOHON SAH CERAI ABBY ABADI DAN FARHAN DITANGGUH 11 JUN



Pelakon Abby Abadi, 37, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Timur, Selangor bahawa suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadapnya. Tambah Abby, ia (lafaz cerai itu) tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Artikel terdahulu:






Bagaimanapun, kes permohonan pengesahan cerai itu terpaksa ditangguhkan oleh Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu menjelaskan kepada Hakim bahawa suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.



Tambahnya, mereka awalnya sudah meminta nasihat daripada bapa saudara Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Menurut Abby, ia telah berlaku pada Januari lalu.



Untuk rekod, Abby dan Farhan bernikah di Thailand pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Selain Farhan, Abby juga pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim sebelum bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan dengan Norman, mereka mempunyai tiga orang anak.



         ________________________


No comments: