06 May 2014

TAKZIAH - AZIZ SATTAR MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG



Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, yang menderita sakit jantung sejak Ahad lalu meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang, Selangor kira-kira pukul 2.00 pagi semalam (Selasa). Berita sedih tersebut disahkan sendiri oleh cucunya Abu Ubaidah A. Ishak.

"Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” kata Abu Ubaidah menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.





Untuk makluman, pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok.



Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara yang dianggotai oleh P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor pada awal tahun 1950an.

Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Al Fatihah!



         ________________________


No comments: