23 June 2014

8 GAMBAR - SELAMAT BERTUNANG : ERIN MALEK NIKAH OKTOBER DEPAN



Juara Fear Factor Malaysia musim 2, Erin Malek, 20, akhirnya selamat bertunang dengan kekasih hatinya Farriz Fauzy, 30, di kediaman ibunya, Harryzah Hassan, di Duta Suria Residency, Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut Erin, dia bersyukur dengan majlis pertunangannya itu meskipun jarak usia 10 tahun di antara mereka.





"Kami berkenalan pada Januari lalu dan baru empat bulan mengenali, namun dalam tempoh yang singkat itu banyak perkara yang meyakinkan kami untuk ke peringkat seterusnya.

"Dia seorang yang memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan saya pula tidak ada masalah dalam hal berkahwin pada usia muda," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Bagi Farriz pula, dia sememangnya mahu berkahwin dalam usia 30 tahun dan pertemuannya dengan Erin merupakan satu masa yang tepat.

"Saya tidak mahu menghabiskan banyak masa dengan bercinta, sementara kedua-dua belah keluarga memang sudah bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan yang mana asalnya dirancang pada tahun hadapan," jelasnya.



Untuk info, dalam majlis itu, pihak lelaki telah memberi lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Sementara pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran iaitu jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Mereka semua kemudiannya bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada 10 Oktober depan.












         ________________________


No comments: